
“Masalah sekarang ni satu sahaja, ramai jurugambar muda sekarang ini, mengabaikan asas-asas fotografi kerana mereka terpaksa memulakan perkhidmatan fotografi seberapa segera yang mungkin”, ujar REUTERS/Zainal Abd Halim apabila diajukan soalan tentang budaya jurugambar muda dewasa ini. Beliau menegaskan bahawa pengetahuan asas fotografi merupakan satu perkara wajib yang harus dilalui oleh setiap jurugambar pada zaman dahulu. tidak hairan lah kenapa jurugambar terkemuka hari ini mampu menghasilkan gambar yang menakjubkan dengan hanya memanipulasikan asas-asas fotografi sahaja.
Jesteru itu, FMDC menjemput ahli-ahli FMDC yang berminat untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam “back2basic”. Antara objektif utama adalah bagi memperbanyakkan lagi aktiviti FMDC yang membina selain daripada perbincangan-perbincangan ilmiah yang sedia ada.
Bagi aktiviti “back2basic” pertama ini, kita diminta untuk menghasilkan gambar yang mempunyai kriteria-kriteria asas berikut:
1) Rule Of Third
2) Latar belakang yang bersih, kemas, ringkas serta tidak berserabut
3) Warna yang ketara serta jelas perbezaannya. Sebagai contohnya, subjek putih berlatar-belakangkan hitam
4) Meliputi semua subjek atau tema KECUALI gambar perkahwinan.
Ahli-ahli bebas membuat penyuntingan bagi memastikan gambar yang diambil memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan diatas. Hantarkan gambar tersebut kepada synassier@yahoo.com sebelum atau pada 15 Mei 2008. Seterusnya satu sesi perbincangan secara bersuara akan diadakan pada 16 Mei 2008(Jumaat), jam 9 malam bersama beberapa orang jurugambar berpengalaman seperti Syahrin Aziz, Shaiful Rizal dan lain-lain lagi. Hanya mereka yang menghantar gambar sahaja akan dijemput untuk mengikuti sesi perbincangan tersebut.
Kita juga mengharapkan perbincangan yang akan diadakan adalah satu bentuk perbincangan yang sihat, terbuka serta aktif dan bukannya satu sesi perdebatan.
petikan dari Syed Nasir
Sesiapa berminat untuk menyertai program ini..sila add SKYPE kami
Syed Nasir = synasir
Shaiful Rizal = shaifulr
p/s : setiap peserta wajib ada microphone..anda dilarang mendengar sahaja..
kalo dengar je tak cakap..tak fair lah bagi yg bercakap…
*jumpa anda di Skype Conference minggu depan!

